Total Pageviews

Friday, May 22, 2009

Pemimpin Berkualiti

Apabila kita sudah jadi boss, kadang-kadang kita lupa bahawa kita dulu juga seorang junior staff. Contohnya, sebelum jadi Manager, katalah Production Department, kita mesti mula dari Engineer, entah level apa, mungkin 1 ke 2, ke, pokoknya junior lah. Umur mungkin 20'an. Sama juga untuk pensyarah, kita mula dari bawah, dulu Penolong Pensyarah A, dapat Master dapat naik jawatan Pensyarah, dan lepas PhD cuba cuba mohon dapat naik jawatan Profesor Madya dan kalau rezeki murah seterusnya naik Professor. Itu jawatan hakiki, tapi dalam universiti ada jawatan pentadbiran, seperti Ketua Makmal, Ketua Jabatan, Timbalan Dekan, Dekan, hingga ke atas sekali yang digelar NC. Apa yang saya nak cerita ni?

Saya cuma ingin sampaikan luahan orang bawahan tentang ketidaktentuan polisi dan arahan yang tidak disedari sentiasa bertukar-tukar. saya sangat simpati dan faham 'their predicaments'. Kita ambil satu contoh. Perkara Lanjut Pengajian Peringkat Master dan Phd. Ada universiti membuat polisi macam ini:
1. Penolong Pensyarah buat master lepas tu balik dan join queue untuk sambung phd
bidang itu perlu menepati keperluan umum universiti, ada interview dan ada 'JK' Cuti Belajar luluskan. Master by course work pun boleh, by research pun boleh
2. Lepas tu selang beberapa purnama, ok, Pergi Master ke luar negara boleh tapi selain dari UK, Australia dan New Zealand.
3. Kena buat Master by research pasal kita nak jadi research university.
4. Tak boleh buat overseas , buat dalam negeri by research
5. dan pelbagai macam cara, polisi, itu tak masuk IELTS, TOEFL, BTN, entah apa lagi

Ini belum cerita pasal proses permohonan naik pangkat. Standards dia berubah-ubah dan tak tahulah apa akan jadi akan datang. Ada satu law di universiti . Saya panggil law itu "Shariff' s Law (Prof shariff is now retired from university but he still consults us a lot and he ws Dean when I joined UTM 20 years ago). The law is this. "Things will NEVER get easier in university". During his times, orang pergi PhD boleh hingga 6 tahun, lepas tu disingkatkan 4 tahun. Ok, fine, ruling itu perlu untuk memantapkan keperluan Universiti dan costs. Apa yang saya lontarkan .. Ramai Ketua lupa bahwa mereka dulu nobody , macam orang miskin lupa asal usal dia...' you need to be sensitive to the needs of the staff' . Listen to your internal customers. Cuba buat - Employee Satisfaction Index, tanpa campur tangan dan lihat sejauhmana 'you adminstrators are being seen as 'management doing a good job'. Kadang-kadang sedih yang senior staff at top level bukan tidak ada pengetahuan management (maybe tak de kot), the way they act, speak for themselves. Remember when you are the top, people can see and will remember all your steps , people have the opportunity to 'evalaute' and 'ponder' upon your words, actions, body language, . and also, please remember, SIDDIQ, AMANAH, TABLIGH, FATANAH. Ingat - semua kita ini pemimpin, dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan pimpinan kita. Buat saya, saya tetap saya, saya akan teruskan luahan dan prinsip yang saya pegang hingga saya dapat survive 'managing people' lebih 25 tahun. Saya akan balance kehidupan 'work' and 'family' and ' self'. Saya doakan keamanan dan ketenteraman anda.

4 comments:

zairibaharom & ekinkhalil said...

I'm totally agree with you, Prof. kte bermula dari bawah, dan kite pernah berada di bawah. things will NEVER getting easire to be here for me, but I will try my best. "Bukan senang nk jadi senang, dan bukan susah nak jadi susah"..hopefully, org2 disini realize what they're doing & jgn smpi " yang dikejar x kesampaian, yg dikendong berciciran"..=)

sha'ri said...

Itu lah life Zairi, we have to struggle to survive but don't step on other people feet, and always remember where we started and stick to our principles and values - noble values.

zairibaharom & ekinkhalil said...

I will Prof. I will remember your advise & use it to be a better person & better lecturer..=)

sha'ri said...

Bar, soalan kau tu level berat, kalau kat U. mesti student tak boleh jawab. Ginilah, kita hormat kepada pemimpin / ketua kita atas dasar dia tu atas kita, dan kita pulak sentiasa mesti tunjukkan profesionalisme dan sifat kita 'pakar' dan menjadi tempat rujukan. Saya cadangkan supaya kita 'tonjolkan' diri kita' 'gembur sikitlah' dalam pelbagai peluang, kita libatkan diri dalam bengkel strategik, atau 'Pembentangan Kertas Kerja', kita attend conference, dan masa meeting kita beri pandangan serius secara ilmiah, siap dengan fakta dan analisis kita. Dengan cara begini, mungkin orang akan lihat bidang kepakaran kita dan dapat menilai 'kehebatan kita'.
Bar, jangan 'low profile' kena 'tonjolkan diri' tetapi dengan cara tawaduk dan berhemah. Wallahu' alam