Total Pageviews

Showing posts with label leadership. Show all posts
Showing posts with label leadership. Show all posts

Wednesday, July 8, 2009

Effective Leaders

Three common elements in all humans that are recognized by effective leaders as said by Paul O' Neill are :
1. Everyone wants to be treated with dignity and respect
2. Everyone wants to make a contribution to give his or her life meaning
3. Everyone wants someone else to notice his or her contribution.
He said that President Bush (in 2004)"did not make decisions in a methodical way. There was no free flow of ideas or open debate" (Quality Progress, June 2009, p37, ASQ).

So, those aspiring leaders or currently leaders or heads of departments , please reflect upon yourselves (Me, I have always been critical of leaders to the extend that people brand me as 'opposition', what to do).

Terjemahan BM
Tiga elemen :
1. Setiap orang ingin dilayan secara hormat dan beradab
2. Setiap orang ingin menyumbang kepada kehidupan yang bermakana (termasuk tempat kerja)
3. Setiap orang ingin orang lain melihat (memberi perhatian) sumbangan dia.

Jadi, kepada bakal pemimpin dan yang sedang memimpin, sila cermin diri. (Penulis juga sentiasa muhasabah diri).

Quality leaders knows how to praise their workers.

Tuesday, June 16, 2009

Tanggunjawab Pemimpin Berkualiti

Kita semua pemimpin. Kita pimpin keluarga di rumah dan kita jadi pegawai atau boss di tempat kerja. Kita mungkin seorang Guru Besar, Pengetua, General Manager, CEO, Naib Canselor Universiti, dan .. dan.. dan ...

Pada saya, pemimpin yang berjaya adalah mereka yang dapat memahami proses pengurusan itu sendiri. Management is actually to get things done in the most effective and efficient manner, through people and with people. It involves Planning, Leading, Organizing (including coordination), Monitoring, and Controlling. Secara ringkasnya, pengurusan itu satu proses, maknya ada input-transform-output, yang memerlukan pengembelingan tenaga manusia (pelbagai peringkat - pekerja ini semua ada peranan, hatta tukang sapu hingga pengurus), kalau semua tahu t/jawab dan peranan masing-masing, senang kerja kita semua. Masalahnya ramai yang tidak tahu (atau buat tak tahu) peranan, dan ramai juga yang abaikan tanggungjawab (abdicate responsibility). kena ingat, tukang sapu, PAR Kerani juga ada tanggungjawab sama seperti Pengurus Besar atau Naib Canselor. Tanggungjawab saya sebagai pendidik adalah memastikan anak didik saya mendapat ilmu yang dapat digunapakai dalam menyelesaikan semua, kalau tak semua kebanyakkan, masalah semasa kerja.

Planning itu merancang, jadi tanggungjawab semua untuk merancang. Rancang apa? Rancang sumber yang terhad seperti masa, bahan mentah (gunahabis), kapasiti mesin, kewangan (jangan bazir, jangan rasuah). Pendek kata semua perkara kena rancang, kenapa nak rancang - supaya kerja dan aktiviti kita semua berjalan lancar, penuh koordinasi, cukup dengan alat yang perlu dan tidak bazir sumber (yang ini kita kata cekap dan berkesan). Semua kerja jika tepat masa, cukup bahan, maka kita tidak perlu balik pukol 6 petang. Fikirkan...

Untuk menjadi cekap dan berkesan kita perlu sistem yang jelas, cukup dengan prosedur kerja, dan siapa, bila, bagaimana, di mana, (when, where, what, who, how,) buat kerja itu.

Seorang pemimpin yang berjiwa besar akan hanya fikirkan 'bagaimana saya dapat sumbang kepada organisasi saya, bagaimana saya dapat tingkatkan kuantiti dan kualiti kerja saya (seperti research saya, publications saya) bagaimana saya dapat sumbang kepada akademik negara, bukan asyik-asyik fikir macamana aku nak naik lagi tinggi. Lepas Dekan, NC, lepas ni mana pulak, boleh masuk politik ke? Saya rasa pemimpin mesti fikirkan rakyat/atau dalam syarikat stakeholders and customers termasuk pekerja dia. Kalau jabatan kerajaan seperti PKNS, JKR, mesti fikir dan rancang bagaimana nak bangunkan modal insan, contohnya agar mereka menjadi pekerja yang boleh menjadi rujukan oleh jabatan lain, yang dapat memberi khidmat untuk masyarakat/bangsa/rakyat dikampung dan dibandar dalam bidang kepakarannya.

Leaders out there... please think about your people... be answerable to your customers, and ultimately, lets us all be answerable to Allah AL Mighty. Sebarang komen positif dan negatif dialu-alukan.

Friday, May 22, 2009

Pemimpin Berkualiti

Apabila kita sudah jadi boss, kadang-kadang kita lupa bahawa kita dulu juga seorang junior staff. Contohnya, sebelum jadi Manager, katalah Production Department, kita mesti mula dari Engineer, entah level apa, mungkin 1 ke 2, ke, pokoknya junior lah. Umur mungkin 20'an. Sama juga untuk pensyarah, kita mula dari bawah, dulu Penolong Pensyarah A, dapat Master dapat naik jawatan Pensyarah, dan lepas PhD cuba cuba mohon dapat naik jawatan Profesor Madya dan kalau rezeki murah seterusnya naik Professor. Itu jawatan hakiki, tapi dalam universiti ada jawatan pentadbiran, seperti Ketua Makmal, Ketua Jabatan, Timbalan Dekan, Dekan, hingga ke atas sekali yang digelar NC. Apa yang saya nak cerita ni?

Saya cuma ingin sampaikan luahan orang bawahan tentang ketidaktentuan polisi dan arahan yang tidak disedari sentiasa bertukar-tukar. saya sangat simpati dan faham 'their predicaments'. Kita ambil satu contoh. Perkara Lanjut Pengajian Peringkat Master dan Phd. Ada universiti membuat polisi macam ini:
1. Penolong Pensyarah buat master lepas tu balik dan join queue untuk sambung phd
bidang itu perlu menepati keperluan umum universiti, ada interview dan ada 'JK' Cuti Belajar luluskan. Master by course work pun boleh, by research pun boleh
2. Lepas tu selang beberapa purnama, ok, Pergi Master ke luar negara boleh tapi selain dari UK, Australia dan New Zealand.
3. Kena buat Master by research pasal kita nak jadi research university.
4. Tak boleh buat overseas , buat dalam negeri by research
5. dan pelbagai macam cara, polisi, itu tak masuk IELTS, TOEFL, BTN, entah apa lagi

Ini belum cerita pasal proses permohonan naik pangkat. Standards dia berubah-ubah dan tak tahulah apa akan jadi akan datang. Ada satu law di universiti . Saya panggil law itu "Shariff' s Law (Prof shariff is now retired from university but he still consults us a lot and he ws Dean when I joined UTM 20 years ago). The law is this. "Things will NEVER get easier in university". During his times, orang pergi PhD boleh hingga 6 tahun, lepas tu disingkatkan 4 tahun. Ok, fine, ruling itu perlu untuk memantapkan keperluan Universiti dan costs. Apa yang saya lontarkan .. Ramai Ketua lupa bahwa mereka dulu nobody , macam orang miskin lupa asal usal dia...' you need to be sensitive to the needs of the staff' . Listen to your internal customers. Cuba buat - Employee Satisfaction Index, tanpa campur tangan dan lihat sejauhmana 'you adminstrators are being seen as 'management doing a good job'. Kadang-kadang sedih yang senior staff at top level bukan tidak ada pengetahuan management (maybe tak de kot), the way they act, speak for themselves. Remember when you are the top, people can see and will remember all your steps , people have the opportunity to 'evalaute' and 'ponder' upon your words, actions, body language, . and also, please remember, SIDDIQ, AMANAH, TABLIGH, FATANAH. Ingat - semua kita ini pemimpin, dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan pimpinan kita. Buat saya, saya tetap saya, saya akan teruskan luahan dan prinsip yang saya pegang hingga saya dapat survive 'managing people' lebih 25 tahun. Saya akan balance kehidupan 'work' and 'family' and ' self'. Saya doakan keamanan dan ketenteraman anda.