Total Pageviews

Wednesday, February 16, 2011

Harga Patut





Satu daripada faktor kualiti kehidupan adalah kos kehidupan yang rendah. Jika gaji seorang pekerja sektor awam berjumlah RM2000, dan dia mempunyai anak 2 orang, bagaimana dia harus mengharungi kehidupan (assume tinggal di KL).
Secara anggaran kasar saya secara teori
1. Kereta bayar bulan 500 (kalau public transport mungkin tak praktikal/mahal)
2. Sewa Rumah 500 ( nak beli lagi satu masalah)
3. Susu anak/pampers 300 ( hari tu aku tengok susu tepung - >100 ringgit aduh)
4. Makanan runcit harian 400 (kira paling minima 100 per week)- tak cukup kot
5. Bibik/hantar nurseri 400
Jumlah 2100

Saya pernah dengar pemandu teksi limo KLIA menceritakan/luahkan perasaan kos hidup yang tinggi. Sekarang zaman subsidi ditarik balik, dan implikasi harga bahan api, bahan makanan asas, dan semua lah... Naik belaka. Aku kesian kepada yang muda ... yang tengah struggle nak mulakan kehidupan. Kita akan disoal nanti di akhirat kelak.

Saya tolong anak saya dulu dan saudara mara..... pemerintah .. entah lah

1 comment:

sha'ri said...

Barang harga makin mahal.