Total Pageviews

Monday, June 29, 2009

Asrama mendidik peribadi mulia

JUmpa kawan di kedai Sukimin. Bila kita dapat jumpa sahabat lama, kita akan rasa seronok kerana dapat mengingati zaman kita bersama-sama terutamanya bagi mereka yang duduk asrama penuh atau serupa dengan itu. Pengalaman berdikari, bertengkar, pengalaman makan nasi kawah dan ayam plastik tidak akan kita lupa. Banyak lagi yang kita semua lalui - kawan ramai, berkenalan dengan rakan perempuan, adik angkat, kakak angkat, dan lain-lain.
Bab sukan paling saya kenang kerana memang aktif dan juag ada yang wakil sekolah (SMSJ lah). Semua game nak rasa, ragbi, bolasepak, bola tampar, sepak takraw, semua nak wakil sekolah. Sukan telah mendidik kita semangat juang, tidak cepat putus asa, kita tahu ada skill tangan, kaki, dan pelbagai skill. Tapi yang penting saya rasa adalah semangat pasukan team work untuk capai kejayaan. Ilmu inilah yang kita bawa kedalam alam pendidikan tinggi dan juga pekerjaan. Sikap dan sifat pejuang mesti ada untuk berjaya. Keterbukaan memahami bahawa ada ahli pasukan yang memain peranan dan ada kekuatan masing-masing harus difahami, dihayati dan diamal serta diguna sekarang dan seterusnya hingga kita dapat meningkat kepada tahap yang lebih tinggi dalam pekerjaan. Semua itu kita capai tanpa perlu kita pijak kaki lawan atau rakan seperjuangan. Inilah apa yang dapat saya luahkan hari ini. Fikir-fikirkan lah. Saya mohon pandangan dan teguran semua. Amin.

2 comments:

Citera Alam said...

Peribadi mulia terbentuk bila individu "ada hati dan perasaan" yang dapat mempertimbangkan kebajikan orang lain serupa dengan kebajikan untuk diri sendiri . Tanpa ini , individu itu sebenarnya bukan sesiapa . Kehidupan di asrama yang sama rata , sama rasa dapat mendidik peribadi ini dengan lebih berkesan .

sha'ri said...

Terima kasih. Alimah, moga peribadi mulia terbina dalam organisasi kita dan negara kita