Total Pageviews

Wednesday, September 30, 2009

Kesenangan Sementara

Tiap yang hidup akan mati. Yang bernyawa akan hilang nyawa. Yang tumbuh pun akan berhenti tumbuh. Dan juga yang memimpin akan hilang jawatan (itu pun satu dari jenis mati). Jika semua makhluk yang bergelar manusia, atau insan, sedar sesedarnya bahawa apa yang kita miliki sekarang, apa jawatan yang dipegang sekarang, apa harta (kereta mewah, motor lama ke, tanah ke, saham ke, dan lain-lain) SEMUA akan terlepas dari pandangan, pegangan, simpanan, apabila kita meningglakan dunia ini atau pun maut. Cukuplah mati itu menjadi pengajaran kepada kita supaya menghentikan sifat manusia pemimpin yang zalim, tidak adil, penting diri, tamak harta, dan segala benda yang tidak baik. Dan kita hijrah kepada keadaan yang lebih baik yang apa yang kita lalui sekaranag. Kenapa saya berhujah sebegini rupa dan cara. Sebabnya adalah kerana Allah subhanahuwataala telah beri peluang kepada saya untuk menyaksikan dua kematian (Almarhumah Dr Asiah Othman isteri Hj AminolHuda Hassan dan juga sahabat kita Abd Kadir Kusene, pelajatr SAJOHA. AlFatihah
Coretan Rabu Malam Khamis 11malam

6 comments:

bong said...

Bang kita adalah hak penciptanya iaitu ALLAH swt. Kena ingat kita mahluk adalah bersifat baharu hanya ALLAH bersifat kekal dan maha segala-galanya.
Bila-bila masa saja penciptanya boleh mengambil atau meneruskan.
Dari itu aku pesan diri aku dan yang lain apa2 masalah kita kembali kepada pencipta kita supaya kita tidak terus terlanjur.

sha'ri said...

Hj Zaidi, kita hendaklah sentiasa ingat mati , supaya kita tidak melakukan perbuatan yang akan menyalahi syariat dan tuntutan agama kita. Akhirat matlamat kita Islam itu jalan nya. Islam itu complete, dan jangan cari selain dari Islam. Wallhualam.

bong said...

Bang betul kata kau tapi kenapa kes Kartika Sukarno diprovokasikan. Sepatutnya hukum islam yang baru sikit nak dimulakan diberikan sokongan tetapi mula dipersoalkan oleh orang islam sendiri. Dimana letaknya kedaulatan islam dan menjunjung islam. Sepatutnya kita orang islam jangan mempersoalannya.

pakroslan said...

Salam Shaari,
ramai orang yg sediakan lampin putih ketika menunggu kelahiran tapi tak ramai yg sediakan kain kafan putih ketika menunggu kematian..

sha'ri said...

betul tu roslan, kita jadilah orang yang sediakan kain putih sebelum mati

kembara kelana said...

lama tak update...ke blog kau ni nak kena kebumi jugak rie...[ gurau je boss ]