Kualiti seorang insan dalam Islam sangat jelas. Ia berpaksikan atas iman, 'amal, taqwa dan ihsan. Beriman atas 6 perkara dalah wajib dimana ia menjadi batu asas atau 'foundation' sebelum apa-apa perbuatan tindakan kerja dan 'amal soleh dapat dilakukan. Percaya kepada Allah bermaksud keyakinan Ketauhidan Pencipta, Pemerintah, Penguasa, dan Raja Di Dunia ini dan Di Yaumul Akhirah. Keyakinan akan perkara ghaib termasuk percaya hari akhirat, malaikat, 'qada dan qadar, adanya rasul (memang ghaib pasal kita tak dapat bertemu Nabi Muhammad, Nabi Isa, Nabi Ibrahim - tetapi kita yakin mereka itu telah wujud satu ketika dahulu untuk menyampaikan risalah Islam dan tauhid) dan kitab termasuk Quran. Rukun iman 6 perkara. Iman itu asas atau fundamental.
Lepas tu kualiti insan akan dapat diukur dengan melihat sejauh mana dia beramal dan yang pokok dan utama adalah melaksanakan Rukun Islam yang Lima itu. Kita wajib Ucap dua kalimah syahadah bukan ucap saja tapi yakin seyakin-yakin 'La Ila ha Illallah Muhammadurasullullah - Tidak Ada Tuhan Melainkan Dia Allah Sahaja dan Muhammad itu PesuruhNya) . Kualiti insan Islam yang paling utama harus diberi perhatian hari ini dalam masyarakat kita adalah dalam bab / perkara mengerjakan Solat 5 waktu sehari semalam. Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak . Ini yang sedang di hadapi oleh anak kita, diri kita, adik beradik kita, kawan-kawan kita. Solat ini jika ditinggal, kita akan ditimpa musibah, kita akan mendapat 'azab, cahaya akan hilang dari muka orang yang tidak solat. Itu tak cerita lagi balasan neraka. Minta jauh lah.. Marilah kita bertaubat. mari kita nasihat menasihati satu sama lain.
Jangan kita jadi antara orang yang lalai tinggalkan solat. Jangan kita leka dengan keindahan material dunia yang penuh dengan hiburan, 'shopping mall', kedai-makan, futsal, kereta modified kita, hatta kerja kita di pejabat yang terlalu banyak dan mendesak hingga kita alpa. Jangan langgar waktu solat contohnya Zuhr dipejabat. Asar di dalam kereta terperangkap sesak jalan, terutamanya di KL ini. Apa kata kita rancang waktu solat Asar sebelum balik. Maghrib dan Isyak why not solat kat Masjid dekat rumah.. Ada hadith kata 'Tidak dikira solat (dirumah) bagi mereka yang berjiran dengan masjid. Maknanya kena solat di masjid/surau. Marilah kita penuhkan Masjid dan Surau dengan solat berjumaah (kaum adamlah aula). Ganjarannya 27 kali ganda, tak mahu ke, pahala 'bonus'. Jangan nak minta bonus hujung tahun aje. Saya rasa solat ini sangat penting... dan sama-sama kita ingat mengingati.
Rukun Islam zakat, puasa, dan haji... Haji , susah nak cerita. kena pergi sendiri. Seronok dan 'sedap' nya haji itu. Ia adalah pengorbanan jiwa, harta dan masa. Duit banyak dalam bank, kereta besar boleh beli, rumah besar boleh beli, kenapa tak pergi haji.. Pergilah pergilah.. nescaya kita akan dapat sesuatu yang luarbiasa, dan mesti sentiasa doa agar Allah sentiasa beri kita petunjuk dalam mencari keredaanNya. Nak masuk Syurga itu bukan atas berapa banyaknya 'amal tetapi ia adalah dari reda Allah. Kalau Allah reda dengan 'amalan kita walau sedikit pun.... tapi syarat kena buatlah semua seperti Solat 5x.... Syurga itu milik Allah. Jadi, jangan kita solat untuk syurga, kita solat kerana kita Hamba ... 'Aisha pernah bertanya Rasullullah kenapa Baginda masih juga solat malam hingga bengkak kakinya, padahal baginda maksum.. ..dan baginda juga beristighfar kurang-kurang 70 kali sehari semalam... Baginda jawab ' Apakah tidak boleh aku jadi Hamba yang Syukur".. Itu Nabi tuan-tuan.. gerenti syurga. saya pesan pada diri saya juga, Insaplah, tingkatkan 'amalan, dan saya pesan kepada pembaca blog ini dan kawan semua, doakan moga kita semua mendapat taufik hidayah dan juga mendapat penghabisan yang baik (husnul khotimah) dalam penghidupan kita. Amin.
Sunday, May 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment